Gunakan HomePod untuk panggilan telefon
HomePod menggunakan iPhone atau iPad anda untuk membuat dan menerima panggilan telefon dan audio FaceTime. (iPhone diperlukan untuk panggilan telefon.) Untuk menggunakan ciri ini, anda perlu menyediakan iPhone atau iPad anda untuk membuat Permintaan Peribadi pada HomePod.
Lampu di bahagian atas HomePod bertukar hijau apabila HomePod digunakan sebagai speaker telefon. Gunakan kawalan di bahagian atas HomePod untuk menukar kelantangan speaker telefon.
Penting: Jika anda menghubungi perkhidmatan kecemasan (“Hai Siri, panggil 999” or “Hai Siri, panggil perkhidmatan kecemasan”), HomePod cuba membuat panggilan telefon menggunakan iPhone yang anda telah sediakan untuk membuat Permintaan Peribadi pada HomePod. Jika iPhone tersebut tidak tersedia, atau jika peranti anda untuk Permintaan Peribadi ialah iPad, HomePod akan cuba mengalih panggilan ke iPhone yang lain dalam rangkaian yang sama dengan HomePod. Lihat Buat panggilan kecemasan dalam Panduan Pengguna iPhone untuk maklumat tambahan tentang menghubungi perkhidmatan kecemasan menggunakan iPhone.
Gunakan HomePod untuk panggilan telefon
Cuba mana-mana daripada contoh yang berikut:
Buat panggilan: Sebut, contohnya, “Hai, Siri, panggil Henri.” Sebaliknya, untuk membuat panggilan audio FaceTime, sebut “Hai Siri, FaceTime Henri.” Untuk menghubungi seseorang yang tiada dalam Kenalan anda, sebut “Hai Siri, panggil 4089961010.”
Dail semula nombor terakhir: Sebut “Hai Siri, dail semula nombor terakhir.”
Jawab panggilan: Apabila iPhone atau iPad anda berdering, sebut “Hai Siri, jawab telefon”. Sebelum menjawab, anda boleh bertanya “Hai Siri, siapakah yang memanggil?”
Senyapkan atau nyahsenyapkan panggilan: Semasa panggilan, ketik bahagian atas HomePod, ketik butang senyap pada iPhone atau iPad anda, atau sebut “Hai Siri, senyapkan panggilan”. Untuk menyahsenyap, ketik bahagian atas HomePod sekali, atau sebut “Hai Siri, nyahsenyapkan panggilan”.
Tamatkan panggilan: Dwiketik bahagian atas HomePod, tamatkan panggilan menggunakan iPhone atau iPad anda atau sebut “Hai Siri, letakkan panggilan”. (Kebanyakan permintaan Siri lain tidak disokong semasa panggilan telefon.)
Halakan audio panggilan aktif melalui HomePod
Lakukan salah satu yang berikut:
Pada iPhone atau iPad anda, ketik Audio dalam app Telefon atau FaceTime, kemudian pilih HomePod anda.
Pegang iPhone anda berdekatan bahagian atas HomePod.
Untuk menghantar audio, iPhone atau iPad anda mesti mengaktifkan Bluetooth dan berada pada rangkaian Wi-Fi yang sama seperti HomePod. Anda juga mestilah mengaktifkan Pindahkan ke HomePod dalam Seting > Umum > AirPlay & Kesinambungan.
Untuk menukar siapa yang boleh menghantar panggilan ke HomePod, lihat Benarkan orang lain mengawal audio pada HomePod.
Untuk memindahkan panggilan kembali ke iPhone, lihat Alihkan audio daripada HomePod ke iPhone.
Urus berbilang panggilan pada HomePod
Tahan panggilan semasa dan jawab panggilan baharu: Ketik bahagian atas HomePod.
Tolak panggilan masuk: Dwiketik bahagian atas HomePod.
Tukar antara panggilan: Ketik bahagian atas HomePod.
Tamatkan panggilan aktif: Dwiketik bahagian atas HomePod.