Panduan Pengguna iPhone
- Selamat Datang
- Baru dalam iOS 12
-
- Bangunkan dan buka kunci
- Ketahui gerak isyarat asas
- Ketahui gerak isyarat untuk iPhone X dan lebih baru
- Gunakan 3D Touch untuk pratonton dan pintasan
- Terokai skrin Utama dan app
- Tukar seting
- Ambil gambar skrin
- Laraskan kelantangan
- Tukar bunyi dan getaran
- Cari kandungan
- Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan
- Lihat dan susun Paparan Hari Ini
- Akses ciri daripada skrin Kunci
- Perjalanan dengan iPhone
- Setkan masa skrin, peruntukan dan had
- Selaraskan iPhone menggunakan iTunes
- Cas dan pantau bateri
- Ketahui makna ikon status
-
- Aksesori yang disertakan dengan iPhone
- Sambungkan peranti Bluetooth
- Strim audio dan video ke peranti lain
- Kawal audio pada berbilang peranti
- AirPrint
- Gunakan Apple EarPods
- Apple Watch
- Gunakan Magic Keyboard
- Pengecasan wayarles
- Handoff
- Gunakan Papan Klip Universal
- Buat dan terima panggilan Wi-Fi
- Gunakan iPhone sebagai hotspot Wi-Fi
- Kongsi sambungan Internet iPhone anda
- Pindahkan fail dengan iTunes
-
-
- Bermula dengan ciri kebolehcapaian
- Pintasan Kebolehcapaian
-
-
- Aktifkan dan berlatih menggunakan VoiceOver
- Tukar seting VoiceOver anda
- Pelajari gerak isyarat VoiceOver
- Kendalikan iPhone menggunakan gerak isyarat VoiceOver
- Kawal VoiceOver menggunakan rotor
- Gunakan papan kekunci atas skrin
- Tulis dengan jari anda
- Kawal VoiceOver dengan Magic Keyboard
- Taipkan braille atas skrin menggunakan VoiceOver
- Gunakan paparan braille
- Gunakan VoiceOver dalam app
- Sebut pilihan, sebut skrin, maklum balas penaipan
- Zum masuk pada skrin
- Kanta Pembesar
- Seting paparan
- Face ID dan perhatian
-
- Akses Dibantu
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Dapatkan maklumat tentang iPhone anda
- Lihat atau tukar seting selular
- Ketahui lanjut tentang perisian dan perkhidmatan iPhone
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Laser Kelas 1
- Apple dan persekitaran
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Hak Cipta
Kendalikan iPhone menggunakan gerak isyarat VoiceOver
Apabila VoiceOver aktif, anda perlu menggunakan gerak isyarat istimewa untuk membuka kunci iPhone, membuka Pusat Kawalan, menukar app dan banyak lagi.
Buka Kunci iPhone
Model dengan Face ID: Bangunkan iPhone dan sekali imbas padanya, kemudian leret ke atas daripada pinggir bawah skrin sehingga anda merasakan getaran atau mendengar dua nada meningkat.
Model dengan Touch ID: Tekan butang Utama.
Jika digesa, masukkan kod laluan anda. Untuk mengelakkan kod laluan anda disebut semasa anda memasukkannya, masukkan kod laluan anda dengan senyap menggunakan mod tulisan tangan atau taipkan braille atas skrin.
Pergi ke skrin Utama
iPhone X dan lebih baru: Seret satu jari ke atas daripada pinggir bawah skrin sehingga anda merasa getaran atau mendengar dua nada meningkat, kemudian angkat jari anda.
Model lain: Tekan butang Utama.
Tukar ke app lain
Leret kanan atau kiri dengan empat jari untuk kitar menerusi app terbuka.
Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan Penukar App:
Buka Penukar App menggunakan satu daripada kaedah berikut:
iPhone X dan lebih baru: Seret satu jari ke atas dari pinggir bawah skrin sehingga anda rasakan getaran kedua atau mendengar bunyi ketiga, kemudian angkat jari anda.
Model lain: Dwiklik butang Utama.
Untuk melayari app terbuka, leret ke kiri atau kanan sehingga app yang anda mahu dipilih.
Dwiketik untuk membuka app.
Buka Pusat Kawalan
iPhone X dan lebih baru: Seret satu jari ke bawah daripada pinggir atas skrin sehingga anda merasa getaran atau mendengar nada kedua.
Semua model: Ketik sebarang item dalam bar status, kemudian leret ke atas dengan tiga jari. Atau sentuh dan tahan bahagian bawah skrin sehingga anda mendengar nada, kemudian leret ke atas.
Untuk menutup Pusat Kawalan, lakukan gosokan dua jari.
Lihat pemberitahuan
iPhone X dan lebih baru: Seret satu jari ke bawah daripada pinggir atas skrin sehingga anda merasa getaran kedua atau mendengar nada ketiga.
Untuk menutup skrin pemberitahuan, lakukan gosokan dua jari.
Semua model: Ketik sebarang item dalam bar status, kemudian leret ke bawah dengan tiga jari. Atau sentuh dan tahan bahagian atas skrin sehingga anda mendengar nada, kemudian leret ke bawah.
Untuk menutup skrin pemberitahuan, lakukan gosokan dua jari.
Sebutkan maklumat bar status
Ketik bar status di bahagian atas skrin.
Leret ke kiri atau kanan untuk mendengar waktu, keadaan bateri, kekuatan isyarat Wi-Fi dan banyak lagi.
Susun semula app pada skrin Utama anda
Gunakan satu daripada kaedah berikut:
Seret dan lepas: Ketik ikon di skrin Utama, kemudian dwiketiknya dan tahan jari anda sehingga anda mendengar tiga nada meningkat. Lokasi relatif item diterangkan sambil anda menyeretnya. Angkat jari anda apabila ikon berada di lokasi barunya. Seret ikon ke pinggir skrin untuk mengalihkannya ke halaman lain pada skrin Utama.
Tindakan gerak: Ketik app, kemudian leret ke bawah untuk mendengar tindakan tersedia. Apabila anda mendengar “Mod Edit”, dwiketik untuk mula menyusun app. Cari app yang anda mahu alihkan, kemudian leret ke bawah ke tindakan Gerak dan dwiketik. Alihkan kursor VoiceOver ke destinasi baru untuk app, kemudian pilih daripada tindakan tersedia: Batalkan Gerak, Cipta Folder Baru, Tambah ke Folder, Gerak Sebelum, atau Gerak Selepas.
Apabila anda selesai, ketik Selesai, kemudian dwiketik.
Cari daripada skrin Utama
Ketik di mana-mana pada skrin Utama di luar bar status.
Leret ke bawah dengan tiga jari.