Laraskan seting umum dalam Pusat Kawalan pada Apple TV
Dalam tab seting utama di Pusat Kawalan pada Apple TV, anda boleh melaraskan seting bagi kuasa, audio, Wi-Fi dan pengawal permainan dengan cepat. Anda juga boleh menghidupkan Jangan Ganggu, mengesetkan pemasa tidur, serta mengakses seting kebolehcapaian, kawalan ibu bapa dan Cari.
Matikan Apple TV
Tekan dan tahan pada kawalan jauh anda untuk membuka Pusat Kawalan.
Pilih Matikan .
Untuk lebih banyak cara mematikan Apple TV, lihat Hidupkan atau matikan Apple TV.
Tukar seting rangkaian
Anda boleh membuat perubahan kepada seting Wi-Fi atau Ethernet anda dengan pantas.
Tekan dan tahan pada kawalan jauh anda untuk membuka Pusat Kawalan.
Pilih Wi-Fi (atau Ethernet jika anda sedang menggunakan rangkaian berwayar).
Aktifkan atau nyahaktifkan Jangan Ganggu
Anda boleh mengaktifkan Jangan Ganggu untuk menyahdayakan semua pemberitahuan semasa menonton Apple TV.
Tekan dan tahan pada kawalan jauh anda untuk membuka Pusat Kawalan.
Pilih Jangan Ganggu .
Buka kawalan audio
Anda boleh memilih speaker atau fon kepala untuk digunakan dengan Apple TV.
Tekan dan tahan pada kawalan jauh anda untuk membuka Pusat Kawalan.
Pilih Audio .
Pilih speaker atau fon kepala yang anda mahu gunakan.
Nota: Jika fon kepala disambungkan dengan Apple TV, anda akan melihat ikon fon kepala berbanding .
Lihat Gunakan AirPods atau Beats dengan Apple TV, Gunakan speaker didayakan AirPlay dengan Apple TV dan Gunakan Apple TV untuk memainkan audio di seluruh rumah anda.
Setkan pemasa tidur
Anda boleh mengesetkan pemasa untuk mematikan Apple TV selepas tempoh masa yang ditetapkan.
Tekan dan tahan pada kawalan jauh anda untuk membuka Pusat Kawalan.
Pilih Pemasa Tidur .
Pilih julat masa.
Pemasa memulakan kira detik. Untuk membatalkan pemasa, pilih butang Pemasa Tidur lagi, kemudian pilih Batal Pemasa.
Buka seting pengawal permainan
Anda boleh menyambungkan pengawal permainan ke Apple TV dengan cepat dan mengakses seting tambahan.
Nota: Jika anda belum memasangkan pengawal permainan ke Apple TV, lihat Sambungkan peranti Bluetooth ke Apple TV.
Tekan dan tahan pada kawalan jauh anda untuk membuka Pusat Kawalan.
Pilih , kemudian lakukan satu yang berikut:
Sambungkan pengawal permainan atau bertukar ke pengawal permainan berbeza: Pilih pengawal permainan daripada senarai.
Laraskan seting pengawal permainan: Pilih Seting Pengawal, kemudian laraskan seting atas skrin mengikut keutamaan anda.
Selepas anda selesai, tekan atau pada kawalan jauh anda.
Buka pintasan dan seting Kebolehcapaian
Pintasan Kebolehcapaian membenarkan anda mengaktifkan ciri kebolehcapaian dengan cepat tanpa membuka app Seting. Selepas anda menambah pintasan kebolehcapaian, anda boleh mengaktifkannya dalam Pusat Kawalan.
Tekan dan tahan pada kawalan jauh anda untuk membuka Pusat Kawalan.
Pilih , kemudian lakukan salah satu yang berikut:
Jika anda mempunyai satu atau lebih pintasan kebolehcapaian didayakan: Pilih pintasan untuk mengaktifkan atau menyahaktifkannya.
Jika anda mahu mengakses seting atau menambahkan pintasan kebolehcapaian: Pilih Pergi ke Seting, kemudian pilih ciri kebolehcapaian daripada senarai untuk menambahkannya sebagai pintasan. Lihat Tambah pintasan kebolehcapaian ke Apple TV.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Ciri kebolehcapaian pada Apple TV.
Buka kawalan ibu bapa
Tekan dan tahan pada kawalan jauh anda untuk membuka Pusat Kawalan.
Pilih , kemudian lakukan salah satu yang berikut:
Nyahaktifkan pengehadan: Pilih Nyahaktif, kemudian masukkan kod laluan anda.
Tambahkan atau ubah suai pengehadan: Pilih Seting, kemudian pilih Pengehadan dan laraskan seting.
Buka app Cari
Tekan dan tahan pada kawalan jauh anda untuk membuka Pusat Kawalan.
Pilih , kemudian taipkan atau rencanakan pertanyaan anda.