Sokongan dan keselamatan
Tapak Sokongan HomePod Maklumat sokongan menyeluruh tersedia dalam talian di Tapak web Sokongan HomePod. Untuk menghubungi Apple untuk sokongan peribadi (tidak tersedia di semua kawasan), pergi ke tapak web Sokongan Apple.
AMARAN: Kegagalan untuk mematuhi arahan keselamatan ini boleh menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik, kecederaan atau kerosakan lain pada HomePod atau harta lain. Baca semua maklumat keselamatan dan arahan operasi sebelum menggunakan HomePod.
Arahan keselamatan penting
Baca arahan ini. Simpan arahan ini. Patuh semua amaran. Ikut semua arahan.
Jangan menggunakan HomePod berdekatan dengan air atau tempat yang berkemungkinan terdedah kepada air menitik atau memercik. Jauhkan HomePod daripada semua sumber cecair seperti minuman, singki, tab mandi, bilik mandi pancuran, kolam renang, spa dan sebagainya. Jangan meletakkan sebarang objek yang berisi air di atasnya. Jangan mendedahkan HomePod kepada kelembapan, atau cuaca lembap seperti hujan, salji, atau kabus.
Bersihkan HomePod dengan lembut dan hanya menggunakan kain kering.
Jangan menghalang sebarang pembukaan pengudaraan pada HomePod.
Pasang dan guna berpandukan arahan Apple.
Tanggalkan palam HomePod semasa ribut petir atau apabila tidak digunakan pada jangka masa yang lama.
Jangan menggunakan HomePod berdekatan sebarang sumber haba seperti radiator, jerejak haba, dapur atau radas lain (termasuk amplifier) yang menghasilkan haba. Jangan meletakkan nyalaan terbuka seperti lilin atau rokok yang dinyalakan di atas atau berdekatan HomePod.
Hanya gunakan kelengkapan/aksesori yang dinyatakan oleh Apple. Untuk HomePod (generasi ke-2), hanya gunakan kord kuasa yang dicadangkan oleh Apple.
Jangan mencuba untuk baiki atau servis HomePod sendiri. Rujuk semua khidmat servis kepada personel servis yang diiktiraf. Khidmat servis diperlukan apabila HomePod telah rosak dalam sebarang bentuk, seperti apabila kord kuasa atau palam telah rosak untuk HomePod (generasi pertama atau ke-2) atau apabila kabel kuasa atau penyambung telah rosak untuk HomePod mini, cecair telah tumpah atau objek telah jatuh ke atas HomePod, atau apabila HomePod telah didedahkan kepada hujan atau kelembapan, tidak beroperasi secara normal, atau telah terjatuh.
Semasa beroperasi, getaran speaker mungkin akan menyebabkan HomePod teralih. Pastikan HomePod tidak jatuh daripada permukaan pelekapnya. Jangan menggantung HomePod (generasi pertama dan ke-2) menggunakan kord kuasanya. Jangan menggantung HomePod mini menggunakan kabel kuasanya.
HomePod adalah untuk kegunaan dalaman sahaja.
HomePod mungkin mengalami kerosakan melalui penyimpanan atau pengendalian tidak cermat. Berhati-hati semasa mengalihkannya supaya tidak terjatuh.
Kuasa (HomePod generasi pertama dan ke-2) HomePod tidak mempunyai suis hidup/mati. HomePod juga mungkin kelihatan tidak aktif dan terputus daripada sumber kuasanya apabila ia sebenarnya masih bersambung dan dalam keadaan bersedia. Untuk memutuskan sambungannya daripada kuasa, cabut palam kord kuasa. Pastikan palam utama kord kuasa sentiasa boleh diakses dengan mudah. Apabila menyambung atau memutuskannya, sentiasa pegang palam di sisinya. Jangan mencabut palam dengan menarik kord kuasa. Jauhkan jari daripada bahagian besi palam. Lindungi kord kuasa daripada dipijak atau dipicit, terutama sekali di palam, bekalan mudah sampai dan titik tempat ia keluar daripada HomePod.
Kuasa (HomePod mini) Cas HomePod mini dengan penyesuai kuasa USB yang disediakan. Anda juga boleh mengecas HomePod mini dengan penyesuai kuasa pihak ketiga yang dinilaikan 20W (9V⎓ 2.22A) dan mematuhi USB 2.0 atau lebih baharu dan dengan peraturan negara yang berkenaan serta standard keselamatan antarabangsa dan serantau. Penyesuai lain mungkin tidak mematuhi standard keselamatan dan mengecas dengan penyesuai begitu boleh menyebabkan risiko kematian atau kecederaan.
HomePod mini tidak mempunyai suis hidup/mati. HomePod mini juga mungkin kelihatan tak aktif dan terputus daripada sumber kuasa apabila ia masih bersambung dan dalam keadaan bersedia. Untuk memutuskan sambungannya daripada kuasa, cabut penyesuai kuasa. Pastikan penyesuai sentiasa boleh diakses. Apabila menyambung atau memutuskannya, sentiasa pegang penyesuai di sisinya. Jangan mencabut palam dengan menarik kabel kuasa. Jauhkan jari daripada bahagian besi palam. Lindungi kabel kuasa daripada dipijak atau dipicit, terutama sekali di penyesuai kuasa, bekalan mudah sampai dan titik tempat ia keluar daripada HomePod mini. Menggunakan kabel atau penyesuai yang rosak, atau mengecas apabila wujud kelembapan boleh menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik, kecederaan atau kerosakan pada HomePod mini atau harta benda lain. Apabila anda menggunakan penyesuai kuasa yang disertakan untuk mengecas HomePod mini, pastikan kabel kuasa dimasukkan sepenuhnya ke dalam penyesuai kuasa sebelum anda memasang penyesuai ke salur kuasa. Adalah penting untuk meletakkan HomePod mini dan penyesuai kuasanya dalam kawasan dengan pengudaraan yang baik semasa menggunakan atau mengecasnya.
Pendedahan haba berpanjangan (HomePod mini) HomePod mini dan penyesuai kuasa USB mematuhi had suhu permukaan diperlukan yang ditakrifkan oleh peraturan negara yang berkenaan serta standard keselamatan antarabangsa dan serantau. Bagaimanapun, walaupun dengan had ini, sentuhan dikekalkan dengan permukaan panas untuk jangka masa yang panjang mungkin menyebabkan tidak selesa atau kecederaan. Gunakan akal budi untuk mengelakkan situasi yang mana kulit anda bersentuhan dengan peranti atau penyesuai kuasanya apabila ia beroperasi atau disambung ke salur kuasa untuk tempoh yang lama. Sebagai contoh, jangan tidur pada peranti atau penyesuai kuasa atau letakkannya di bawah selimut, bantal atau badan anda apabila ia dipasang ke sumber kuasa. Adalah penting untuk meletakkan HomePod mini dan penyesuai kuasanya dalam kawasan dengan pengudaraan yang baik semasa menggunakan atau mengecasnya. Beri penjagaan khusus jika anda mempunyai keadaan fizikal yang memberi kesan ke atas kebolehan anda mengesan haba ke atas badan.
Penyesuai kuasa USB (HomePod mini) Untuk mengendalikan penyesuai kuasa USB Apple secara selamat dan mengurangkan kemungkinan kecederaan atau kerosakan berkaitan haba, pasangkan penyesuai kuasa secara terus ke salur kuasa. Jangan gunakan penyesuai kuasa di lokasi yang basah, seperti berdekatan singki, tab mandi atau bilik mandi pancuran dan jangan sambung atau putuskan sambungan penyesuai kuasa dengan tangan yang basah. Berhenti menggunakan penyesuai dan kabel kuasa jika mana-mana daripada keadaan berikut berlaku:
Palam atau gigi penyesuai kuasa rosak.
Kabel pengecas menjadi berbulu atau rosak.
Penyesuai kuasa didedahkan kepada kelembapan berlebihan, atau cecair tertumpah di atas penyesuai kuasa.
Penyesuai kuasa terjatuh dan penutupnya telah rosak.
Gangguan peranti perubatan HomePod mengandungi magnet dan/atau komponen dan radio yang menghasilkan medan elektromagnetik. Medan elektromagnetik ini mungkin mengganggu peranti perubatan.
Runding dengan doktor dan pengeluar peranti perubatan anda untuk maklumat terperinci peranti perubatan anda dan sama ada anda perlu mengekalkan jarak pemisahan selamat antara peranti perubatan anda dan HomePod. Pengeluar selalunya memberikan pengesyoran tentang penggunaan selamat peranti mereka di sekitar produk wayarles atau magnet untuk menghalang kemungkinan gangguan. Jika anda mengesyaki HomePod mengganggu peranti perubatan anda, berhenti menggunakan HomePod.
Elak kerosakan pendengaran Mendengar bunyi pada kelantangan tinggi mungkin merosakkan pendengaran anda secara kekal. Bising latar belakang dan pendedahan berterusan ke paras kelantangan tinggi, dapat membuat bunyi lebih perlahan daripada yang sebenar. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kehilangan pendengaran, lihat apple.com/my/sound.
Pernyataan pematuhan FCC Peranti ini mematuhi bahagian 15 daripada Peraturan FCC. Operasi tertakluk pada dua keadaan berikut: (1) Peranti ini tidak boleh menyebabkan gangguan berbahaya dan (2) peranti ini mesti menerima sebarang gangguan yang diterima, termasuk gangguan yang mungkin menyebabkan operasi yang tidak diingini.
Nota: Peralatan ini telah diuji dan didapati mematuhi had untuk peranti digital Kelas B, menurut bahagian 15 peraturan FCC. Had ini direka untuk memberi perlindungan munasabah daripada gangguan berbahaya dalam pemasangan perumahan.
Peralatan ini menghasilkan, menggunakan dan dapat meradiasi tenaga isyarat radio dan, jika tidak dipasang dan digunakan dengan turutan arahan, mungkin menyebabkan gangguan berbahaya kepada komunikasi radio. Bagaimanapun, tiada jaminan gangguan tidak akan terjadi dalam pemasangan tertentu.
Jika peralatan menyebabkan gangguan berbahaya kepada penerima radio atau televisyen, yang dapat ditentukan dengan aktif dan nyahaktifkan peralatan, pengguna digalakkan untuk cuba membetulkan gangguan dengan satu atau lebih cara berikut:
Orientasikan semula atau tempatkan semula antena penerima.
Tambah pemisahan antara peralatan dan penerima.
Sambung peralatan ke salur keluar pada litar berbeza daripada penerima bersambung.
Runding pengedar atau juruteknik radio/TV berpengalaman untuk bantuan.
Perubahan atau pengubah suaian produk ini tidak dibenarkan Apple mungkin membatalkan keserasian elektromagnetik (EMC) dan pematuhan wayarles dan menidakkan kuasa anda untuk mengguna produk tersebut.
Produk ini telah menunjukkan pematuhan EMC di bawah keadaan yang termasuk penggunaan peranti persisian serasi dan kabel dengan pengadang antara komponen sistem. Adalah penting bahawa anda menggunakan peranti persisian serasi dan kabel dengan pengadang antara komponen sistem untuk mengurangkan kemungkinan menyebabkan gangguan terhadap radio, televisyen dan peranti elektronik yang lain.
Pihak bertanggungjawab (hubungi untuk perkara FCC sahaja):
Apple Inc.
One Apple Park Way, MS 911-AHW
Cupertino, CA 95014
A.S.
Pernyataan pematuhan ISED Kanada Peranti ini mematuhi piawai RSS bebas lesen ISED Kanada. Operasi tertakluk pada dua keadaan berikut: (1) peranti ini tidak akan menyebabkan gangguan dan (2) peranti ini harus menerima sebarang gangguan, termasuk gangguan yang mungkin menyebabkan operasi yang tidak diingini pada peranti ini.
Operasi dalam jalur 5150-5250 MHz hanya untuk penggunaan dalam bangunan untuk mengurangkan potensi gangguan berbahaya pada sistem satelit mudah alih saluran bersama.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio Kuasa output beradiasi peranti ini memenuhi had pendedahan frekuensi radio FCC/ISED Kanada. Peranti ini patut dikendalikan dengan jarak pemisahan minimum sejauh 20 cm (8 inci) antara kelengkapan dan tubuh seseorang.
Le present appareil est conforme aux CNR d’ISDE Canada applicables aux appareils radio exempts de licence. L’exploitation est autorisée aux deux conditions suivantes : (1) l’appareil ne doit pas produire de brouillage, et (2) l’utilisateur de l’appareil doit accepter tout brouillage radioélectrique subi, même si le brouillage est susceptible d’en compromettre le fonctionnement.
La bande 5150–5250 MHz est réservée uniquement pour une utilisation à l’intérieur afin de réduire les risques de brouillage préjudiciable aux systèmes de satellites mobiles utilisant les mêmes canaux.
L’exposition à l’énergie radiofréquence La puissance de sortie rayonnée de cet appareil est conforme aux limites de la FCC/ISDE Canada limites d’exposition aux fréquences radio. Cet appareil doit être utilisé avec une distance minimale de séparation de 20 cm entre l’appareil et le corps d’une personne.
Maklumat Jalur Ultralebar Jalur Ultralebar tersedia pada HomePod mini dan HomePod (generasi ke-2) serta ketersediaannya berbeza mengikut rantau. Pengoperasian Jalur Ultralebar di kapal terbang dan kapal laut adalah tidak dibenarkan. Pengoperasian Jalur Ultralebar di luar adalah pelanggaran terhadap 47 U.S.C. 301 dan pengoperasi boleh dikenakan penalti undang-undang yang serius.
Australia: Pemancar Jalur Ultralebar mestilah tidak dikendalikan dalam jarak yang dicadangkan daripada tapak radio-astronomi Australia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang jarak yang dicadangkan, sila rujuk Radiocommunications (Low Interference Potential Devices) Class Licence 2015 yang diterbitkan oleh Australian Communications and Media Authority.
Maklumat pembuangan dan kitar semula Simbol di atas bermakna menurut undang-undang dan peraturan tempatan produk anda dan/atau baterinya mesti dilupuskan secara berasingan daripada bahan buangan rumah. Apabila produk ini mencapai akhir hayatnya, bawanya ke pusat pengumpulan yang ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan. Pengumpulan berasingan dan kitar semula produk anda dan/atau baterinya pada masa pelupusan akan membantu memelihara sumber semula jadi dan memastikan ia dikitar semula dalam cara yang melindungi kesihatan manusia dan alam sekitar. Untuk mendapatkan maklumat tentang program kitar semula, pusat pengumpulan kitar semula, bahan terlarang dan inisiatif alam sekitar lain, lawati apple.com/my/environment.
Pernyataan pematuhan ENERGY STAR® Sebagai rakan kongsi ENERGY STAR, Apple telah menentukan produknya mencapai garis panduan ENERGY STAR untuk kecekapan tenaga. Program ENERGY STAR ialah kerjasama dengan pengeluar peralatan elektronik untuk mempromosikan produk cekap tenaga. Mengurangkan penggunaan tenaga produk menjimatkan wang dan membantu memulihara sumber bernilai.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ENERGY STAR, pergi ke energystar.gov.
Apple dan persekitaran Di Apple, kami mengenali tanggungjawab kami untuk mengurangkan kesan persekitaran operasi dan produk kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pergi ke tapak web Persekitaran Apple.