Gunakan VoiceOver dalam app pada iPhone
Anda boleh menggunakan VoiceOver untuk berinteraksi dengan app seperti Peta, Kamera, Foto, Memo Suara, Safari dan banyak lagi jika anda tidak dapat melihat skrin.
Buat dan terima panggilan dalam Telefon menggunakan VoiceOver
Gunakan VoiceOver untuk membuat dan menerima panggilan telefon.
Jawab atau tamatkan panggilan: Dwiketik skrin dengan dua jari.
Apabila panggilan telefon dibuat apabila VoiceOver aktif, skrin memaparkan pad kekunci nombor secara lalai, berbanding menunjukkan pilihan panggilan.
Paparkan pilihan panggilan: Pilih butang Sembunyikan Pad Kekunci dalam penjuru kanan bawah, kemudian dwiketik.
Paparkan pad kekunci numerik lagi: Pilih butang Pad kekunci berhampiran bahagian tengah skrin, kemudian dwiketik.
Baca dokumen PDF dalam Apple Books atau Fail menggunakan VoiceOver
VoiceOver boleh membaca maklumat terperinci—seperti borang, jadual dan senarai—dalam dokumen PDF.
Layari web dalam Safari menggunakan VoiceOver
Cari dalam web: Pilih medan carian, dwiketik untuk membuka papan kekunci, masukkan carian anda, kemudian leret kanan atau kiri untuk beralih ke bawah atau ke atas senarai frasa carian yang dicadangkan. Dwiketik skrin untuk mencari di web menggunakan frasa carian yang dipilih.
Langkau ke unsur halaman seterusnya jenis tertentu: Set rotor ke jenis unsur—seperti pengepala, capaian dan kawalan bentuk—kemudian leret ke atas atau bawah.
Setkan seting rotor untuk pelayaran web: Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > VoiceOver > Rotor. Ketik untuk memilih atau nyahpilih seting, atau seret ke atas atau bawah untuk menempatkan semula item.
Langkau imej semasa menavigasi: Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > VoiceOver > Navigasi Imej. Anda boleh memilih untuk melangkau semua imej atau hanya imej yang tiada perihalan.
Kurangkan kecelaruan halaman untuk pembacaan dan navigasi mudah: Pilih item Pembaca dalam medan alamat Safari (tidak tersedia untuk semua halaman web).
Benarkan tapak web untuk menyesuaikan kelakuan untuk teknologi bantuan: Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > VoiceOver >, kemudian aktifkan Peristiwa Kebolehcapaian. Seting ini mungkin mendedahkan sama ada teknologi bantuan aktif pada iPhone anda.
Petua: Jika anda memasangkan Magic Keyboard dengan iPhone, anda boleh menggunakan arahan Nav Cepat kekunci tunggal untuk menavigasi halaman web.
Baca persamaan matematik menggunakan VoiceOver
VoiceOver boleh membaca persamaan matematik pada web (dikodkan menggunakan MathML) dan dalam app disokong Apple seperti Numbers dan Keynote.
Dengar persamaan: Dayakan VoiceOver untuk membaca teks seperti biasa. VoiceOver menyebut “math” sebelum ia mula membaca persamaan.
Terokai persamaan: Dwiketik persamaan yang dipilih untuk memaparkannya dalam skrin penuh dan bergerak menerusinya satu unsur pada satu masa. Leret ke kiri atau kanan untuk membaca unsur persamaan. Gunakan rotor untuk memilih Simbol, Ungkapan Kecil, Ungkapan Sederhana atau Ungkapan Besar, kemudian leret ke atas atau bawah untuk mendengar unsur seterusnya daripada saiz tersebut. Anda boleh terus mendwiketik unsur yang dipilih untuk “menggerudi ke bawah” ke dalam persamaan untuk memfokus pada unsur yang dipilih, kemudian leret ke kiri atau kanan, atau ke atas atau bawah, untuk membaca satu bahagian pada satu masa.
Persamaan yang disebutkan oleh VoiceOver juga boleh dioutput ke peranti braille menggunakan kod Nemeth, serta kod yang digunakan oleh Braille Inggeris Disatukan, Inggeris British, Perancis dan Greek. Lihat Gunakan paparan braille dengan VoiceOver pada iPhone.
Navigasi dalam Peta dengan VoiceOver
Dalam app Maps, anda boleh gunakan VoiceOver untuk meneroka rantau, memeriksa tempat menarik, mengikuti jalan, zum masuk atau keluar, pilih pin, atau mendapatkan maklumat tentang lokasi.
Kawal cara peta menjejak lokasi semasa anda: Dwiketik sehingga anda mendengar pilihan penjejakan yang anda mahukan:
Penjejakan aktif: Peta memusatkan pada lokasi semasa anda secara automatik.
Penjejakan aktif dengan arah: Peta memusatkan pada lokasi semasa anda secara automatik dan berputar supaya arah anda berada di atas skrin. Dalam mod ini, iPhone menuturkan nama jalan dan tempat menarik apabila anda mendekatinya.
Penjejakan dinyahaktifkan: Peta tidak memusatkan pada lokasi semasa anda secara automatik.
Terokai peta: Seret jari anda sekeliling skrin atau leret ke kiri atau kanan untuk beralih ke item lain.
Zum masuk atau keluar: Pilih peta, setkan rotor kepada Zum, kemudian leret ke bawah atau atas dengan satu jari.
Sorot peta: Leret dengan tiga jari.
Layari tempat menarik yang kelihatan: Setkan rotor kepada Tempat Tarikan, kemudian leret ke atas atau ke bawah dengan satu jari.
Menyusuri jalan raya: Tahan jari anda pada jalan, tunggu sehingga anda mendengar “jeda untuk ikut,” kemudian gerakkan hari anda sepanjang jalan sambil mendengar nada panduan. Nada ditingkatkan apabila anda terkeluar daripada jalan.
Memilih pin: Sentuh pin, atau leret ke kiri atau kanan untuk memilih pin.
Dapatkan maklumat tentang lokasi: Dengan pin dipilih, dwiketik untuk memaparkan bendera maklumat. Leret ke kiri atau kanan untuk memilih butang Maklumat Lanjut, kemudian dwiketik bagi memaparkan halaman maklumat.
Gunakan Kamera, Foto dan Memo Suara dengan VoiceOver
Gunakan gerak isyarat VoiceOver untuk mengambil dan mengedit video Kamera dan rakaman Memo Suara.
Jeda atau teruskan rakaman: Dwiketik skrin dengan dua jari.
Potong video: Semasa menonton video dalam Foto, dwiketik skrin untuk memaparkan kawalan video, kemudian pilih permulaan atau penamatan alat memotong. Kemudian leret ke atas untuk menyeret ke kanan, atau leret ke bawah untuk menyeret ke kiri. VoiceOver mengumumkan jumlah masa kedudukan semasa akan memotong daripada rakaman. Untuk melengkapkan pemangkasan, pilih Pangkas, kemudian dwiketik.
Potong memo suara: Pilih memo dalam Memo Suara, ketik Edit, kemudian ketik Mula Memotong. Pilih permulaan atau penamatan pilihan, dwiketik dan tahan, kemudian seret untuk melaraskan. VoiceOver mengumumkan jumlah masa kedudukan semasa akan memotong daripada rakaman. Ketik Main untuk mempratonton rakaman yang dipotong. Apabila anda berpuas hati dengannya, ketik Potong.