Baru dalam iOS 13
Mod Gelap Pilihan Mod Gelap baru memberikan keseluruhan pengalaman iOS skema warna gelap cantik yang sesuai untuk persekitaran dengan cahaya malap. Aktifkan Mod Gelap daripada Pusat Kawalan dengan cepat, atau setkan untuk aktif pada waktu malam secara automatik. Apabila Mod Gelap diaktifkan, cahaya daripada peranti anda tidak akan mengganggu orang di sekeliling anda. Lihat Laraskan kecerahan dan warna skrin pada iPhone.
Foto Layari pustaka foto anda mengikut hari, bulan dan tahun supaya mudah untuk mencari serta berkongsi foto dan video anda. Semasa anda skrol, Live Photos dan video dimainkan, menjadikan pustaka foto anda kelihatan hidup. Alat pengeditan yang direka bentuk semula memudahkan anda untuk membuat perubahan pada foto anda dan melihat sekilas pandang perubahan yang dilakukan. Lihat Lihat foto dan video dan Edit foto dan video.
Kamera Pencahayaan Potret kini membolehkan anda melaras keamatan setiap kesan pencahayaan studio secara virtual. Pada model disokong, kesan Pencahayaan Potret baru, Cahaya Terang Mono, mencipta rupa yang cantik dengan subjek skala kelabu pada latar belakang berwarna putih. Lihat Ambil foto mod Potret dengan kamera iPhone anda.
Peta Dicipta semula sepenuhnya, Peta menampilkan butiran lebih realistik untuk jalan, pantai, taman dan bangunan. Terokai tempat yang anda mahu pergi sebelum anda pergi ke sana dengan Lihat Sekeliling, bina koleksi lokasi kegemaran anda, kongsi ETA anda dan banyak lagi. Lihat Lihat sekeliling dalam Peta, Cipta koleksi dalam Peta dan Kongsi ETA anda.
Daftar masuk dengan Apple Daftar masuk ke app dan tapak web dengan cepat dan mudah menggunakan Apple ID anda yang sedia ada. Tanpa mengisi borang atau mencipta kata laluan baru—hanya ketik butang Daftar masuk dengan Apple pada sebarang app atau pada tapak web yang mengambil bahagian, gunakan Face ID atau Touch ID untuk menyelesaikan daftar masuk dan anda telah selesai. Apple tidak menjejak profil anda dan melindungi Apple ID anda dengan pengesahan dua faktor. Lihat Daftar masuk dengan Apple.
Siri Suara baru Siri berbunyi lebih semula jadi, terutamanya apabila menyebut frasa yang lebih panjang. Siri juga menawarkan cadangan diperibadikan apabila anda mencari dalam Podcasts, Safari dan Peta dan boleh mengesan peringatan dalam Mesej. Lihat Minta Siri.
Animoji dan Memoji Tiga karakter Animoji baru—tikus, sotong kurita dan lembu—memberikan anda lebih pilihan untuk mengekspresikan diri anda. Jadikan Memoji anda unik dengan gaya rambut, hiasan kepala, solekan dan tindik baru. Jana pek pelekat secara automatik berdasarkan watak Animoji dan Memoji yang membolehkan anda mengekspresikan pelbagai perasaan dalam Mesej. Lihat Gunakan Animoji dan Memoji dalam Mesej.
Mesej Kongsi nama dan foto anda secara atuomatik apabila anda memulakan perbualan. Anda boleh menggunakan Animoji, imej, atau monogram untuk foto anda. Lihat Edit nama dan foto Mesej anda.
Umumkan Mesej (iOS 13.2) Apabila anda memakai AirPods Pro, AirPods (generasi ke-2), atau fon kepala lain yang disokong, Siri boleh membaca mesej masuk anda dan anda boleh menyebut balasan untuk Siri hantar. Lihat Dengar dan balas mesej.
Setkan had komunikasi (iOS 13.3) Gunakan Masa Skrin untuk mengehadkan orang yang anak anda boleh berkomunikasi dengan—dan orang yang boleh berkomunikasi dengan anak anda—sepanjang hari dan semasa masa henti. Lihat Setkan had komunikasi pada peranti ahli keluarga.
App Store Langgan Apple Arked (tidak tersedia di semua negara atau rantau), perkhidmatan permainan yang memberikan anda akses ke permainan baru pada iPhone, iPad, iPod touch, Mac dan Apple TV. Dengan langganan tunggal, anda boleh memuat turun dan memainkan sebarang permainan Apple Arked daripada App Store, tanpa iklan atau pembelian tambahan. Lihat Dapatkan app, permainan dan fon dalam App Store.
Apple TV+ Langgan dan tonton Apple Originals yang baru serta eksklusif, bebas iklan dan atas permintaan. Tonton Apple TV+ (tidak tersedia di semua negara atau rantau) dalam app Apple TV pada iPhone, iPad, iPod touch, Mac, Apple TV dan TV pintar serta peranti penstriman yang disokong. Lihat Sediakan app Apple TV.
Fon Anda kini boleh mendapatkan fon daripada App Store untuk digunakan dalam dokumen yang anda cipta pada iPhone, iPad dan iPod touch. Lihat Pasang fon.
Papan Kekunci Gunakan QuickPath (tidak tersedia untuk semua bahasa) untuk memasukkan perkataan dengan meluncurkan jari anda dari satu huruf ke huruf lain. Papan kekunci mengecam laluan yang anda lukis dan menukarkannya untuk anda, menjadikan penaipan satu tangan mudah. Lihat Masukkan teks menggunakan papan kekunci atas skrin.
Perkongsian Audio Kongsi perkara yang anda sedang dengar dengan rakan yang juga memakai AirPods atau fon kepala atau fon telinga Beats yang serasi. Lihat Kongsi audio dengan AirPods dan fon kepala Beats.
Kesihatan App Kesihatan yang lebih diperibadikan menjadikannya lebih mudah untuk mengakses maklumat yang paling penting untuk anda. Dengan pilihan Penjejakan Kitaran baru, anda boleh menjejak kitaran haid anda, menyediakan pemberitahuan kesuburan dan banyak lagi. Lihat Tengok maklumat kesihatan dan kecergasan dan Jejak kitaran haid anda.
Akses kecemasan ke ID Perubatan anda (iOS 13.5) Anda boleh membenarkan maklumat ID Perubatan anda untuk dihantar secara automatik ke perkhidmatan kecemasan apabila anda membuat panggilan atau menghantar teks ke 911 atau menggunakan SOS Kecemasan daripada iPhone atau Apple Watch anda (A.S. sahaja). Lihat Cipta dan kongsi ID Perubatan anda dalam Kesihatan pada iPhone.
Peringatan App Peringatan serba baru memudahkan anda mencipta dan menyusun peringatan. Gunakan bar alat cepat untuk menambah tarikh, masa, lokasi, bendera, foto dan dokumen diimbas ke peringatan anda. Lihat Setkan peringatan.
Pintasan App Pintasan kini dibina dalam iOS 13 dan menjadi rumah kepada semua pintasan anda. Mulakan dengan Pintasan dengan menambah rutin harian diperibadikan untuk membantu melancarkan hari anda. Lihat Panduan Pengguna Pintasan.
Video Keselamatan HomeKit (iOS 13.2) Rakaman daripada kamera keselamatan rumah anda disulitkan hujung ke hujung dan disimpan secara selamat dalam iCloud. Hanya anda dan orang yang anda berkongsi rakaman boleh melihat rakaman. Lihat Sediakan kamera keselamatan dalam Rumah.
CarPlay Dashboard CarPlay serba baru memberikan anda tempat tunggal untuk menjejak peta, kawalan audio dan cadangan Siri. Lihat app Kalendar untuk memandang sekilas hari ini, kemudian ketik arah atau dail untuk menyertai mesyuarat. Lihat Pengenalan kepada CarPlay dan iPhone.
Prestasi Face ID membuka kunci peranti anda sehingga 30 peratus lebih pantas dalam iOS 13. App dibuka sehingga dua kali lebih pantas dan app daripada App Store dipakej dengan cara baru yang menjadikannya 50 peratus lebih kecil.
Privasi dan keselamatan Kawal lokasi data yang anda kongsi dengan app. Anda boleh memilih untuk memberi app akses kepada lokasi anda sekali atau bila-bila masa anda menggunakannya. Apabila anda menerima pemberitahuan tentang app yang menggunakan lokasi anda di latar belakang, anda boleh memutuskan sama ada untuk mengemas kini keizinan anda. Lihat Setkan app yang mengetahui lokasi anda.
Maklumat bateri Pilihan baru membantu memperlahankan kadar peningkatan usia bateri anda dengan mengurangkan masa bateri iPhone anda dicas sepenuhnya. Lihat Optimumkan pengecasan bateri.
Pelajari cara untuk iOS 13 App Petua menambah cadangan baru dengan kerap supaya anda boleh memanfaatkan iPhone anda sepenuhnya. Lihat Dapatkan petua.
Nota: Ciri baru dan app mungkin berbeza bergantung pada model iPhone, rantau, bahasa dan pembawa anda.