Tukar seting untuk AirPods 1 dan 2
Pada iPhone, iPad, atau Mac, anda boleh menukar seting untuk AirPods 1 dan 2. Contohnya, anda boleh menyesuaikan tindakan yang dilaksanakan apabila anda mendwiketik AirPods anda, menyahaktifkan pengesanan telinga automatik dan banyak lagi.
Tukar perkara yang dilakukan dwiketik
Anda boleh menukar tindakan yang dilaksanakan apabila anda mendwiketik AirPods anda.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting , kemudian ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin.
Mac: Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik nama AirPods anda dalam bar sisi.
Pilih Kiri atau Kanan, kemudian pilih tindakan yang anda mahu laksanakan setiap kali anda mendwiketik salah satu AirPods anda.
Setkan lokasi mikrofon untuk AirPods anda
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting , kemudian ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin.
Mac: Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik nama AirPods anda dalam bar sisi.
Pilih Mikrofon, kemudian pilih satu daripada berikut:
Tukar AirPods Secara Automatik: Salah satu AirPods anda boleh bertindak sebagai mikrofon. Jika anda hanya menggunakan satu AirPods, AirPods tersebut berfungsi sebagai mikrofon.
Sentiasa AirPod Kiri atau Sentiasa AirPod Kanan: AirPods yang anda pilih menjadi mikrofon, walaupun jika anda mengeluarkannya daripada telinga anda atau meletakkannya di dalam bekas.
Nyahaktifkan pengesanan telinga automatik
AirPods anda berhenti memainkan audio secara automatik apabila anda mengeluarkannya dan meneruskan main balik apabila anda meletakkannya kembali. Anda boleh menukar seting ini.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting , ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Pengesanan Telinga Automatik.
Mac: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik nama AirPods anda dalam bar sisi, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan “Pengesanan telinga automatik”.
Anda juga boleh menukar kelantangan kesan bunyi yang dimainkan oleh AirPods anda. Lihat Laraskan kelantangan kesan bunyi untuk AirPods.