Cari AirPods dalam Cari
Anda boleh menggunakan Cari pada iPhone, iPad, Mac, atau Apple Watch anda untuk membantu anda mencari AirPods anda jika hilang. Anda juga boleh mencari AirPods anda pada web di iCloud.com/find.
Pengenalan kepada penggunaan Cari dengan AirPods
Anda boleh menggunakan Cari dengan semua model AirPods, tetapi sesetengah model mungkin mempunyai ciri tambahan untuk membantu anda mencarinya. Jika anda tidak pasti jenis AirPods yang anda miliki, lihat AirPods mana yang saya miliki?
Anda mesti memasangkan AirPods anda dengan iPhone atau iPad yang anda mendaftar masuk ke Akaun Apple anda untuk melihat AirPods anda dalam Cari pada iPhone, iPad, Mac atau Apple Watch anda.
Untuk mencari AirPods anda, anda mesti mengaktifkan Cari pada peranti yang dipasangkan (seperti iPhone atau Mac anda) sebelum ia hilang.
Untuk pengalaman terbaik dengan Cari, pastikan peranti anda yang dipasangkan mempunyai versi terbaharu iOS, iPadOS, watchOS, atau macOS dipasang.
Anda boleh mengaktifkan rangkaian Cari untuk melihat lokasi sesetengah model AirPods walaupun mereka berada di luar kawasan peranti anda. Jika rangkaian Cari dinyahaktifkan (atau jika AirPods tidak menyokong rangkaian Cari), app Cari menunjukkan masa dan tempat terakhir ia disambungkan. Lihat Aktifkan rangkaian Cari.
Jika AirPods anda berada di luar kawasan atau perlu dicas, anda mungkin nampak lokasi terakhirnya yang diketahui, “Tiada lokasi ditemui”, atau “Luar Talian” dalam Cari. Jika ia kembali dalam talian, anda akan mendapat pemberitahuan pada peranti yang anda pasangkan dengannya.
Lihat lokasi AirPods anda pada peta
Anda boleh melihat lokasi semasa atau lokasi terakhir diketahui AirPods anda dalam app Cari.
iPhone atau iPad: Pergi app Cari , ketik Peranti, kemudian ketik AirPods anda.
Apple Watch: Pergi ke app Cari Peranti , kemudian ketik AirPods anda (memerlukan sambungan Wi-Fi atau selular).
Mac: Pergi ke app Cari , klik Peranti, kemudian pilih AirPods anda.
iCloud.com: Pergi ke iCloud.com/find, daftar masuk ke Akaun Apple anda, pilih Semua Peranti, kemudian pilih AirPods anda.
Untuk kebanyakan model AirPods, apabila AirPods anda dipisahkan, anda melihat lokasi satu demi satu. Untuk mencari kedua-duanya, cari satu yang anda lihat pada peta, letakkannya semula dalam bekas, kemudian segar semula peta untuk mencari lagi satu.
Jika anda mempunyai AirPods Pro 2 atau AirPods 4 dengan Pembatalan Bunyi Aktif, anda melihat lokasi setiap AirPods dan bekas pengecasan anda pada peta.
Mainkan bunyi pada AirPods anda
Anda boleh memainkan bunyi pada AirPods untuk membantu anda mencarinya jika ia berada di luar bekasnya. Jika anda mempunyai AirPods Pro 2 atau AirPods 4 dengan Pembatalan Bunyi Aktif, anda juga boleh memainkan bunyi daripada bekas pengecasan anda.
iPhone atau iPad: Pergi ke app Cari , ketik Peranti, ketik nama AirPods anda, kemudian ketik Mainkan Bunyi.
Apple Watch: Pergi ke app Cari Peranti , pilih AirPods anda, kemudian ketik Mainkan Bunyi (memerlukan sambungan Wi-Fi atau selular).
Mac: Pergi ke app Cari , klik Peranti, pilih AirPods anda, klik , kemudian klik Mainkan Bunyi.
iCloud.com: Pergi ke iCloud.com/find, daftar masuk ke Akaun Apple anda, pilih AirPods anda, kemudian klik Mainkan Bunyi.
AirPods anda memainkan bunyi selama beberapa minit untuk membantu anda mencarinya, atau sehingga anda menghentikan bunyi. Jika AirPods anda tidak disambungkan ke peranti anda dan anda tidak mengaktifkan Rangkaian Cari, bunyi akan dimainkan pada kali seterusnya ia disambungkan ke rangkaian Wi-Fi atau selular.
Petua: Jika AirPods anda terpisah daripada AirPods satu lagi, anda boleh menyenyapkan salah satu untuk mencarinya satu demi satu. Sementara bunyi dimainkan pada AirPods anda, ketik atau klik Kiri atau Kanan.
Cari AirPods berdekatan anda
Jika AirPods 3, AirPods 4 dnegan Pembatalan Bunyi Aktif, AirPods Pro (semua generasi), atau AirPods Max ada berdekatan, seperti di dalam bilik lain di rumah anda, iPhone atau iPad boleh membantu memberi panduan kepada anda ke lokasinya. Jika anda mempunyai AirPods Pro 2, anda boleh mencari lokasi tepat setiap AirPods dan bekas pengecasan anda.
Pergi ke app Cari pada iPhone atau iPad yang anda pasangkan dengan AirPods anda sebelum ini.
Ketik Peranti, ketik nama AirPods anda, kemudian ketik Cari.
Mula bergerak di sekeliling untuk mencari AirPods anda dan ikuti arahan atas skrin.
Jika anda mempunyai AirPods Pro 2, anda mungkin melihat anak panah yang menunjuk ke arah AirPods anda, jarak anggaran yang memberitahu anda jarak AirPods berada dan mesej jika ia terletak di tingkat berlainan.
Anda juga boleh memainkan bunyi daripada AirPods Pro anda untuk membantu anda mencarinya berdekatan. Anda mungkin mempunyai pilihan untuk mengaktifkan lampu suluh, yang boleh membantu anda mencari AirPods anda dalam persekitaran gelap.