Laraskan seting kawalan bunyi pada AirPods 4 (ANC) atau AirPods Pro
Pada AirPods 4 dengan Pembatalan Bunyi Aktif (ANC) dan AirPods Pro (semua generasi), anda boleh menyekat bunyi luaran dengan Pembatalan Bunyi. Anda juga boleh melaraskan seting anda untuk membenarkan pembatalan bunyi dalam satu telinga.
Dengan AirPods 4 (kedua-dua model), anda boleh mengaktifkan Kelantangan Diperibadikan dan AirPods 4 (ANC) juga menyokong Kesedaran Perbualan. Dengan AirPods Pro 2, anda boleh mengaktifkan Kesedaran Perbualan dan Kelantangan Diperibadikan.
Kesedaran Perbualan menjadikannya lebih mudah untuk berinteraksi dengan orang berdekatan. Apabila anda mula bercakap, Kesedaran Perbualan mengurangkan kelantangan media anda secara automatik dan meningkatkan suara di hadapan anda, sementara mengurangkan bunyi latar belakang.
Kelantangan Diperibadikan membantu anda melaraskan kelantangan media untuk anda dengan mempertimbangkan keadaan persekitaran anda dan keutamaan kelantangan sistem anda dari semasa ke semasa.
Benarkan Pembatalan Bunyi dalam satu telinga
Anda boleh membenarkan Pembatalan Bunyi dalam satu telinga dengan AirPods Pro dan AirPods 4 (ANC).
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > AirPods, kemudian ketik AirPods anda. Aktifkan Pembatalan Bunyi dengan Satu AirPod.
Apple Watch: Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > AirPods, ketik nama AirPods anda, kemudian aktifkan Pembatalan Bunyi dengan Satu AirPod.
Mac: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Audio (anda mungkin perlu skrol ke bawah). Klik bersebelahan AirPods anda, kemudian aktifkan Pembatalan Bunyi dengan Satu AirPod.
Apple TV: Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > AirPods, kemudian aktifkan Pembatalan Bunyi dengan satu AirPods anda.
Gunakan Kesedaran Perbualan atau Kelantangan Diperibadikan
Pakai kedua-dua AirPods 4 (kedua-dua model) atau AirPods Pro 2 dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting , ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin, kemudian aktifkan Kesedaran Perbualan (AirPods 4 dengan Pembatalan Bunyi Aktif atau AirPods Pro 2 sahaja) atau Kelantangan Diperibadikan.
Mac: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik nama AirPods anda di bar sisi, kemudian aktifkan Kesedaran Perbualan (AirPods 4 dengan Pembatalan Bunyi Aktif atau AirPods Pro 2 sahaja) atau Kelantangan Diperibadikan.
Nota: Di sesetengah negara dan rantau, anda juga mungkin mempunyai pilihan untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Pengurangan Bunyi Kuat. Pengurangan Bunyi Kuat mengurangkan bunyi lantang di sekitar anda secara automatik untuk pendengaran yang lebih selesa (tersedia dengan AirPods Pro 2 pada iPhone atau iPad).
Apabila Kesedaran Perbualan diaktifkan, kelantangan media direndahkan semasa anda mula bercakap; jika anda sedang mendengar media bercakap, seperti podcast, media dijedakan selepas beberapa saat. Media kekal pada kelantangan rendah (atau dijedakan) selama perbualan anda berterusan dan kembali ke paras sebelumnya selepas perbualan anda terhenti. Untuk mengakhiri perbualan secara manual (contohnya, jika orang sedang berbual di sekitar anda, tetapi anda bukan sebahagian daripada perbualan), tekan dan tahan batang.
Anda juga boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Kesedaran Perbualan dalam Pusat Kawalan pada iPhone atau iPad. Sentuh dan tahan kawalan kelantangan, kemudian ketik Kesedaran Perbualan.
Benarkan lebih atau kurang bunyi apabila menggunakan Audio Adaptif dengan AirPods Pro 2 atau AirPods 4 (ANC)
Audio Adaptif bertindak balas kepada persekitaran anda dan membatalkan atau membenarkan bunyi di sekitar anda. Anda boleh menyesuaikan Audio Adaptif untuk membenarkan lebih atau kurang bunyi.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting , ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin, kemudian ketik Audio Adaptif.
Mac: Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik nama AirPods anda dalam bar sisi.
Seret gelangsar Audio Adaptif untuk melaraskan bunyi yang dibenarkan.
Untuk menggunakan Audio Adaptif, lihat Bertukar antara mod kawalan bunyi.