Gunakan Siri dengan AirPods
Apabila AirPods disambungkan ke iPhone, iPad, Mac, atau Apple Watch, anda boleh menggunakan Siri untuk mencari maklumat, memainkan muzik, menerima atau menolak panggilan telefon dan panggilan FaceTime yang masuk, mengumumkan pemberitahuan daripada app dan banyak lagi.
Jika Umumkan Panggilan dan Umumkan Pemberitahuan diaktifkan, anda juga boleh menggunakan gerak isyarat kepala pada AirPods 4 (kedua-dua model) atau AirPods Pro 2 untuk membalas Siri secara peribadi tanpa bercakap. Sebagai contoh, angguk kepala anda untuk menjawab panggilan atau geleng kepala anda untuk menutup pemberitahuan. Lihat Gunakan kawalan dan gerak isyarat dengan AirPods anda.
Sediakan Siri pada peranti anda
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting > Siri (atau Apple Intelligence & Siri) > Cakap dengan Siri, kemudian pilih “Siri” atau “Hai Siri”.
Apple Watch: Pergi ke Seting > Siri, kemudian aktifkan dengar untuk “Siri” atau “Hai Siri”.
Mac: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Siri (atau Apple Intelligence & Siri) dalam bar sisi, aktifkan Minta Siri, kemudian aktifkan Dengar untuk “Siri” atau “Hai Siri”. (Anda mungkin perlu menskrol ke bawah).
Jika anda mempunyai AirPods 4 (kedua-dua model) atau AirPods Pro 2, anda boleh menggunakan “Hai Siri” atau “Siri” untuk mengaktifkan Siri. Model AirPods lain memerlukan “Hai Siri” untuk mengaktifkan Siri.
Gunakan Siri untuk mengumumkan panggilan dan pemberitahuan
Anda boleh membenarkan Siri untuk mengumumkan panggilan masuk dengan fon kepala disokong. Pemberitahuan sensitif masa juga diumumkan secara automatik apabila anda memakai AirPods anda dan dipasangkan dengan iPhone, iPad, atau Apple Watch anda. Anda boleh memilih app untuk menerima pemberitahuan dan kekerapan anda menerima pemberitahuan.
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting > Siri (atau Apple Intelligence & Siri) > Umumkan Panggilan atau Umumkan Pemberitahuan, kemudian pilih seting yang anda mahu.
Contohnya, pilih Fon Kepala Sahaja atau aktifkan Fon Kepala jika anda hanya mahu Siri mengumumkan panggilan atau pemberitahuan semasa anda sedang memakai AirPods anda.
Apple Watch: Pergi ke Seting > Siri, kemudian aktifkan Umumkan Panggilan atau ketik Umumkan Pemberitahuan untuk melaraskan seting.
Anda boleh mengehadkan pemberitahuan apabila anda perlu menumpukan perhatian. Lihat Sediakan Fokus dalam Panduan Pengguna iPhone.
Tukar seting anda untuk mengaktifkan Siri dengan sentuhan
Anda boleh menggunakan butang pada AirPods anda untuk mengaktifkan Siri. Contohnya, anda boleh mengesetkan salah satu AirPods Pro 1 anda untuk mengaktifkan Siri apabila anda menekan dan menahan sensor daya.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting , kemudian ketik nama AirPods anda di bahagian atas skrin. Pilih Kiri atau Kanan, kemudian pilih Siri.
Mac: Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik AirPods anda dalam bar sisi. Klik menu timbul bersebelahan L atau R, kemudian pilih Siri.
Nota: Kawalan pada AirPods 1 dan 3, AirPods Pro 2 dan AirPods Max disetkan untuk mengaktifkan Siri secara lalai. Lihat Gunakan kawalan dan gerak isyarat dengan AirPods anda.
Aktifkan Siri dengan kawalan
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan satu daripada berikut:
AirPods 1 dan 2: Dwiketik salah satu AirPods anda, tunggu loceng, kemudian buat permintaan anda.
Untuk menukar seting pada AirPods 2 untuk mengaktifkan Siri dengan dwiketik, lihat Tukar seting anda untuk mengaktifkan Siri dengan sentuhan.
AirPods 3, AirPods 4 (kedua-dua model) atau AirPods Pro (semua generasi): Tekan dan tahan batang pada salah satu AirPods anda, tunggu bunyi loceng, kemudian buat permintaan anda.
Untuk menyediakan AirPods Pro 1 bagi mengaktifkan Siri apabila anda menekan dan menahan batang pada salah satu AirPods anda, lihat Tukar seting anda untuk mengaktifkan Siri dengan sentuhan.
AirPods Max: Tekan dan tahan Digital Crown, tunggu bunyi loceng, kemudian buat permintaan anda.
Aktifkan Siri dengan suara anda
Anda boleh mengaktikfkan Siri menggunakan suara anda jika anda mempunyai AirPods 2, 3 atau 4 (kedua-dua model), AirPods Pro (semua generasi) atau AirPods Max.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Sebut “Hai Siri”, kemudian gunakan Siri untuk mendapatkan jawapan kepada soalan, mengawal app dan banyak lagi.
Sebagai contoh, sebutkan sesuatu seperti “Hai Siri, macam mana pelangi terbentuk?” atau “Hai Siri, cipta mesyuarat dengan Gordon pada pukul 9” untuk mencipta peristiwa dalam Kalendar.