Maklumat Jalur Ultralebar
Jalur Ultralebar tersedia pada Bekas Pengecasan MagSafe untuk AirPods Pro 2 dan ketersediaan berbeza mengikut rantau.
Jalur Ultralebar hanya aktif apabila bekas pengecasan berada berdekatan dengan peranti Apple serasi Jalur Ultralebar dipasangkan dan semasa sesi pencarian yang dicetuskan pengguna.
Jalur Ultralebar mesti dinyahaktifkan apabila menaiki kapal terbang, kapal laut dan rantau tidak dibenarkan lain dengan mengaktifkan mod pesawat pada peranti Apple serasi Jalur Ultralebar yang dipasangkan. Untuk mengaktifkan mod pesawat pada peranti Apple serasi Jalur Ultralebar dipasangkan, buka Pusat Kawalan, kemudian ketik . Anda juga boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan mod Pesawat dalam Seting . Apabila mod pesawat aktif, kelihatan dalam bar status.
Ciri Jalur Ultralebar memerlukan peranti Apple serasi Jalur Ultralebar dipasangkan.
Australia: Pemancar Jalur Ultralebar mestilah tidak dikendalikan dalam jarak yang dicadangkan daripada tapak radio-astronomi Australia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang jarak yang dicadangkan, sila rujuk Radiocommunications (Low Interference Potential Devices) Class Licence 2015 yang diterbitkan oleh Australian Communications and Media Authority.