Cas AirPods, AirPods Pro atau AirPods Max
Cas AirPods atau AirPods Pro
Letakkan AirPods anda di dalam bekasnya.
Tutup penutup.
AirPods dimatikan dan dicas setiap kali ia di dalam bekas dengan penutupnya ditutup.
Cas bekas AirPods atau AirPods Pro
Cas dengan kabel: Sambungkan bekas ke salur kuasa menggunakan Kabel Lightning ke USB dan penyesuai kuasa yang serasi.
Jika anda mempunyai AirPods 4 (kedua-dua model) atau AirPods Pro 2 (USB-C), sambungkan bekas ke salur kuasa menggunakan kabel USB-C dan penyesuai kuasa yang serasi.
Cas dengan MagSafe: Untuk AirPods 3 (MagSafe) atau AirPods Pro, letakkan bekas dengan lampu status menghadap ke atas di bahagian tengah pengecas wayarles MagSafe.
Cas dengan pengecas disijilkan Qi: Untuk AirPods 2, AirPods 3 (MagSafe), AirPods 4 (ANC), atau AirPods Pro, letakkan bekas dengan lampu status menghadap ke atas di bahagian tengah pengecas disijilkan Qi.
Cas dengan pengecas Apple Watch: Untuk AirPods Pro 2 atau AirPods 4 (ANC), letakkan bekas—dengan lampu status menghadap ke atas—di bahagian tengah pengecas wayarles Apple Watch.
Apabila bekas dijajarkan dengan pengecas dengan betul, lampu status dihidupkan selama beberapa saat, kemudian dimatikan sementara bekas terus mengecas. Secara lalai, bekas pengecasan untuk AirPods 4 (ANC) dan AirPods Pro 2 juga memainkan bunyi, tetapi anda boleh menyahaktifkannya. Lihat Nyahaktifkan bunyi bekas pengecasan pada AirPods Pro 2 dan Nyahaktifkan bunyi bekas pengecasan pada AirPods 4 (ANC).
Cas AirPods Max
AirPods Max (Lightning): Sambungkan AirPods Max ke salur kuasa menggunakan Kabel Lightning ke USB dan penyesuai kuasa yang serasi.
AirPods Max (USB-C): Sambungkan AirPods Max ke salur kuasa menggunakan kabel USB-C dan penyesuai kuasa yang serasi.
Nota: Untuk membantu mengekalkan cas bateri semasa anda tidak menggunakan AirPods Max, letakkan AirPods Max dalam mod tidur dengan meletakkannya dalam Smart Case. (Anda tidak boleh memainkan audio pada AirPods Max apabila ia berada dalam Smart Case.)
Lihat artikel Sokongan Apple Cara mengecas AirPods Max anda dan ketahui tentang hayat bateri.
Semak status pengecasan
Anda boleh menyemak peratusan bateri AirPods, AirPods Pro, atau AirPods Max pada iPhone, iPad, atau Mac.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting , kemudian ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin untuk melihat peratusan bateri.
Anda juga boleh menambahkan widget untuk menyemak paras bateri peranti anda dengan cepat, termasuk AirPods anda. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat Panduan Pengguna iPhone atau Panduan Pengguna iPad.
Mac: Klik dalam bar menu untuk melihat peratusan bateri AirPods anda.
Jika tiada dalam bar menu, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Pusat Kawalan dalam bar sisi. Klik menu timbul bersebelahan Bluetooth , kemudian pilih Tunjukkan dalam Bar Menu.
Petua: Jika AirPods atau AirPods Pro anda berada dalam bekas dan penutupnya terbuka, lampu pada bekas menunjukkan status pengecasan AirPods anda. Apabila AirPods anda tidak berada dalam bekas, lampu menunjukkan status bekas anda. Hijau bermakna dicas sepenuhnya dan ambar bermakna berbaki kurang daripada satu cas penuh. Jika tiada lampu menyala, anda mungkin perlu mengecas AirPods anda sebelum menggunakannya lagi.