Mainkan audio pada AirPods, AirPods Pro atau AirPods Max
Semasa anda memakai AirPods, anda boleh menggunakan kawalan untuk memainkan, menjeda atau melangkau audio yang dimainkan pada iPhone, iPad, Mac, Apple TV atau Apple Watch anda.
Main dan jedakan audio
Pakai salah satu atau kedua-dua AirPods dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Pergi ke app audio, kemudian mainkan sesuatu—contohnya, lagu dalam app Muzik atau buku audio dalam app Buku .
Untuk menjeda atau menghentikan audio, lakukan salah satu daripada berikut:
AirPods 1 atau 2: Untuk menjeda audio semasa mendengar dengan kedua-dua AirPods, keluarkan salah satu. Apabila anda mengembalikan AirPods ke telinga anda, main diteruskan secara automatik.
Nota: Anda juga boleh mengeset salah satu AirPods anda untuk menjeda apabila anda mendwiketik AirPods, kemudian meneruskan main balik apabila anda mendwiketiknya lagi. Lihat Tukar seting untuk AirPods 1 dan 2.
AirPods 3, AirPods 4 (kedua-dua model) atau AirPods Pro (semua generasi): Untuk menjeda audio semasa mendengar dengan kedua-dua AirPods, keluarkan salah satu. Anda juga boleh menekan batang untuk menjedakan audio.
Apabila anda mengembalikannya ke telinga anda atau menekan semula batang, main balik diteruskan.
AirPods Max: Tekan Digital Crown. Tekan lagi untuk meneruskan main balik.
Anda juga boleh menanggalkan AirPods Max daripada kepala anda.
Jika anda tidak mahu AirPods memainkan dan menghentikan audio secara automatik, anda boleh menyahaktifkan pengesanan telinga automatik. Jika anda tidak mahu AirPods Max memainkan atau menghentikan audio secara automatik, anda boleh menyahaktifkan pengesanan kepala automatik.
Hentikan audio
AirPods atau AirPods Pro: Keluarkan kedua-dua AirPods daripada telinga anda, atau jika anda hanya memakai satu AirPods, keluarkan AirPods tersebut.
AirPods Max: Tanggalkan AirPods Max daripada kepala anda.
Jika anda tidak mahu AirPods memainkan dan menghentikan audio secara automatik, anda boleh menyahaktifkan pengesanan telinga automatik. Jika anda tidak mahu AirPods Max memainkan atau menghentikan audio secara automatik, anda boleh menyahaktifkan pengesanan kepala automatik.
Langkau trek
Anda boleh menggunakan AirPods untuk melangkau ke trek lain dalam banyak app audio. Sebagai contoh, anda boleh melangkau ke lagu seterusnya dalam Apple Music, atau melangkau ke episod sebelumnya dalam app Podcast .
AirPods 1: Anda boleh mengesetkan AirPods anda untuk melangkau ke depan atau ke belakang apabila anda dwiketik. Lihat Tukar seting untuk AirPods.
AirPods 2: AirPods anda disetkan untuk langkau ke trek seterusnya secara automatik apabila anda dwiketik.
Untuk menyesuaikan tindakan dwiketik, lihat Tukar seting untuk AirPods.
AirPods 3, AirPods 4 (kedua-dua model) atau AirPods Pro (semua generasi): Tekan dua kali batang pada salah satu AirPods anda untuk melangkau ke trek seterusnya.
Untuk melangkau ke belakang, tekan batang tiga kali.
AirPods Max: Dwiklik Digital Crown untuk melangkau ke trek seterusnya.
Untuk melangkau ke belakang, klik Digital Crown tiga kali.
Laraskan kelantangan pada AirPods Pro 2
Dengan kawalan Sentuh, anda boleh meleret ke atas atau ke bawah dengan lembut pada batang untuk melaraskan kelantangan.
Jika anda tidak mahu mengawal kelantangan dengan meleret pada batang, anda boleh menyahaktifkan seting tersebut. Lihat Tukar seting sensor daya, kawalan Sentuh atau butang untuk AirPods.
Lindungi pendengaran anda
Anda boleh memantau dan mengehadkan kelantangan AirPods anda menggunakan iPhone atau iPad anda. Lihat Semak paras fon kepala anda dalam Panduan Pengguna iPhone.